Fikirkan Boleh
Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu
Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan
Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh
Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
::S::E::L::A::M::A::T::::D::A::T::A::N::G::
SELAMAT DATANG...
Assalammualaikum, Saya mengucapkan Selamat Datang ke blog ini . Blog ini adalah sebahagian daripada sumber maklumat di dalam pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar Tingkatan 4. Pelajar dapat memperolehi maklumat yang berkaitan topik yang diajar di dalam silibus TMK. Melalui blog ini pelajar juga dapat berkongsi pandangan melalui Forum yang disediakan. Selain itu, nota-nota dan slaid powerpoint juga boleh dimuat turun dari blog ini bagi memudahkan pelajar membuat rujukan. Semoga bahan yang disediakan dapat memberikan pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar Tingkatan 4.
TERIMA KASIH..
Friday, 22 February 2013
Wednesday, 20 February 2013
Bab 2.0 Sistem komputer
HASIL PEMBELAJARAN:
2.1 DEFINISI SISTEM KOMPUTER
INPUT, PROSES, OUTPUT DAN STORAN
2. Proses
- Mendefinisikan sistem komputer
- Menyatakan maksud input, proses, output dan storan.
- Menerangkan Kitaran Pemprosesan Maklumat termasuk input, proses, output dan storan.
- Menyatakan hubungan tentang perwakilan data(bit, bait dan aksara)
- Menjelaskan fungsi Kod ASCII
- Menyatakan unit bagi ukuran data
- Menyatakan uni bagi ukuran kelajuan jam
2.1 DEFINISI SISTEM KOMPUTER
- Sebuah mesin yang dapat menyimpan dan memproses data menjadi maklumat pada kadar yang pantas dan tepat berdasarkan kepada siri arahan tertentu yang dipanggil aturcara.
- Sistemnya terdiri daripada perkakasan, perisian dan pengguna untuk berfungsi dengan sepenuhnya.
- Perkakasan merujuk kepada empat perkakasan utama iaitu peranti input, peranti output, pemprosesan dan peranti storan. Komponen-komponen ini digunakan untuk menerima data, memproses data, mengeluarkan maklumat dan menyimpan fail.
- Perisian pula merujuk kepada set-set arahan yang mengarahkan perkakasan-perkakasan melakukan tugas tertentu. Perisian juga melakukan fungsi-fungsi lain seperti pengiraan, komunikasi dengan perisian lain dan berinteraksi dengan manusia.
- Pengguna pula merujuk kepada seseorang yang menggunakan komputer untuk sebaran tujuan seperti pengurusan, perniagaan ataupun hiburan.
- Secara amnya komputer boleh melakukan kerja-kerja untuk membantu manusia menyelesaikan masalah-masalah dalam memproses data.
INPUT, PROSES, OUTPUT DAN STORAN
- Input
- Input adalah apa jua data atau bahan yang ditaip dan dimasukkan ke dalam komputer menerusi peranti tertentu.
- Peranti input merujuk kepada perkakasan yang digunakan oleh pengguna untuk memeberi arahan dan memasukkan program dan data komputer.
- Peranti-peranti input akan mengkod data ke dalam bentuk yang boleh diproses oleh sistem komputer. Berikut adalah jenis-jenis peranti input komputer
- Papan kekunci
- Tetikus
- Mikrofon
- Pengimbas
- Kamera Digital
- Kayu Ria
- Pengimbas kod bar
- Pembaca kad pintar
2. Proses
- Proses adalah aktiviti yang dilakukan oleh pemproses iaitu dengan menerima data dari peranti input kemudian diproses mengikut arahan dan dihanta hasilnya kepaa peranti output atau peranti storan.
- Aktiviti proses adalah melibatkan operasi campur, tolak, darab dan bahagi. Ia juga membuat perbandingan ke atas data dengan kadar yang amat pantas iaitu dalam unit juta/ribu juta saat.
- Peranti pemproses ini dikenali dangan nama Unit Pemprosesan Pusat atau CPU (Central Processing Unit) Ia berperanan untuk memproses arahan, melaksanakan pengiraan dan menguruskan maklumat menerusi sistem komputer. Unit atau peranti pemprosesan juga akan berkomunikasi dengan peranti input, output dan storan bagi melaksanakan arahan-arahan berkaitan yang diperlukan.
Monday, 18 February 2013
Bab 1.3 : Keselamatan Komputer
HASIL PEMBELAJARAN :
- Pelajar dapat menerangkan Ancaman-ancaman keselamatan komputer.
- Pelajar dapat menyenaraikan langkah-langkah keselamatan untuk mengelakkan daripada serangan penggodam, pencerobohan, sabotaj dan sebagainya.
Bab 1.2 : Etika Komputer dan Isu-isu perundangan
HASIL PEMBELAJARAN :
- Pelajar dapat mendefinasikan Etika Komputer, Undang-undang siber, Kod Etika, perivasi (hak keperibadian), jenayah komputer, Harta Intelek.
- Pelajar dapat membandingbeza Etika dan Undang-undang.
- Pelajar dapat menerangkan kaedah pengecaman dan pengesahan.
- Pelajar dapat menerangkan kaedah Penapisan Internet.
- Pelajar dapat menerangkan Kawalan Keselamatan Komputer dan Jenayah komputer & Undang-undang Siber.
Bab 1.1 : Pengenalan kepada TMK
HASIL PEMBELAJARAN :
- Pelajar dapat menerangkan ciri-ciri 5 fasa perkembangan generasi komputer.
- Pelajar dapat membanding bezakan sistem berkomputer dan sistem tidak berkomputer.
- Pelajar dapat menerangkan kegunaan TMK dalam Pendidikan, Perniagaan, Perbankan dan Perindustrian.
- Pelajar dapat menyenaraikan kesan-kesan negatif dan positf penggunaan TMK kepada masyarakat
Bab 1.4 : Perkembangan Semasa dan Masa Depan
HASIL PEMBELAJARAN :
- Menerangkan secara ringkas phishing
- Menerangkan secara ringkas penggodaman
- Menerangkan secara ringkas mengenai Virus Trojan Horse
- Menerangkan secara ringkas mengenai Serangan Selami
- Menerangkan secara ringkas mengenai langkah-langkah keselamatan
_________________________________________________________________________________
Maksud Phishing
- Phishing adalah sebuah bentuk jenayah internet yang menggunakan Email sebagai media penyebarannya.
- Phishing berasal dari kata "Fishing" yang berarti "memancing". Jadi yang dimaksud dengan Phising adalah Email yang mengandungi informasi yang menipu (Scam) yang memancing penerima untuk melakukan sesuatu hal yang merugikan bagi si penerima tapi menguntungkan bagi si pengirim.
- Contohnya sebuah email yang mengatasnamakan sebuah bank yang memberikan link tertentu untuk memspesifikasikan account atau sejenisnya, akn tetapi link tersebut mengarah ke laman web lain atau server milik si pengirim.
- ketika kita klik link tersebut ada kemungkinan kita telah memberikan informasi tertentu kepada si penjahat cyber dalam hal ini si pengirim email tersebut.
- Atau dengan cara tertentu si penjahat membuat laman web yang sangat mirip dengan laman web rasmi dan memancing kita untuk login, sehingga secra tidak langsung kita telah memberikan informasi tentang Username dan Password yang kita miliki.
Maksud Penggodaman
- Penggodaman (hacking) adalah satu pencorobohan yang dibuat oleh seseorang individu atau kumpulan yang dipanggil penggodam (hacker) ke atas komputer pelayan di dalam rangkaian tanpa mendapat izin daripada pelayan rangkaian komputer tersebut.
- Penggodam dibahagikan kepada 2 kategori utama iaitu white hacker dan black hacker.
- Blach hacker adalah penggodam yang menceroboh tanpa tanggungjawab. Mereka mengodam dgn mengganggu sistem, merosakkan sistem, mencuri data atau sebagainya tanpa kebenaran. Mereka mengodam menggunakan banyak cara antaranya melalui pintu belakang dll. Mereka bukan sahaja memerlukan data namun kunci utama yang boleh membuka banyak pintu. Virus adalah satu alat yang biasa digunakan untuk memecahkan firewall atau code password.
- White hacker adalah penggodam yang bertujuan baik. Bukan untuk menjatuhkan orang lain, mengganggu sistem atau sebagainya. Penggodam jenis ini hanya menguji kemahiran pada dirinya sahaja.
- Penggodaman adalah satu kemahiran namun undang-undang tersedia bagi pencerobohan tanpa ada kebenaran. Bagi menghindari penggodaman , sentiasa update password, jangan mempercayai laman web yang meminta update password dengan mudah, sentiasa update antivirus.
- Virus Trojan Horse adalah program yang berupa sebuah program yang memberi manfaat kepada pengguna. Tetapi pada masa yang sama, program ini boleh mengakibatkan kerosakan seperti kecurian data, kecurian identiti, akaun sulit dan sebagainya.
- Trojan Horse boleh menjangkiti sistem komputer tanpa disedari. Sebaik sahaja ia menembusi sistem komputer. Virus Trojan Horse akan mengimbas keseluruhan komputer dengan matlamat untuk mencuri data peribadi.
- Apabila virus Trojan Horse menjangkiti satu-satu komputer, agak sukar untuk membuangnya. Jika ia mahu dipadam, virus Trojan Horse hanya akan memasang semula dirinya daripada data fail tersembunyi yang telah terjejas (dijangkiti) pada komputer.
- Virus Trojan Horse tidak boleh 'dihidupkan' melainkan jika pengguna tidak mengaktifkan program yang mempunyai virus tersebut. Adalah penting yang anda tidak memuat turun program-program yang tidak diketahui, yang mana sumber intergritinya boleh diragui, lebih-lebih lagi jika seseorang atau sesuatu memujuk anda untuk berbuat demikian.
- Suatu serangan ke atas rangkaian komputer yang melibatkan pencerobohan yang melibatkan kecurian wang dalam jumlah yang kecil.
- Serangan salami melibatkan pengaturcaraan yang memprogramkan jumlah wang dalam setiap urus niaga dibulatkan sehingga ke beberapa titik perpuluhan yang dikehendaki. Bakinya dipindahkan ke akaun sulitnya sendiri.
- Nama 'serangan salami' berasal dari salami dipotong ke dalam hirisan yang sangat tipis. Ia juga dikenali sebagai bercukur selami.
- Serangan salami adalah halus dan tidak disedari iaitu pencuri akan debit wang daripada akaun mangsa dalam jumlah yang kecil terutama pemegang simpanan biasa. Nilai wang yang kecil ini seterusnya akan dikreditkan ke dalam akaun pencuri. Kegiatan ini akan berlaku berterusan dan ramai yang menjadi mangsa.
- Tahap keselamatan perlu dipertingkatkan agar sistem rangkaian dan tempat-tempat penting tidak dicerobohi oleh orang-orang yang mempunyai kepentingan tertentu.
- Contohnya:
- Memasuki ke suatu tempat atau bilik yang mempunyai tahap keselamatan yang tinggi.
- Menggunakan sesuatu sistem yang penting.
a) Biometrik - Biometrik adalah sistem pengesanan ciri-ciri biologi individu yang khusus dan tidak boleh diklon seperti yang telah dijelaskan mengikut hukum sains.
- Cap jari, imbasan retina mata dan tapak tangan adalah unik dan saling berlainan di antara satu individu dengan individu yang lain.
- Kaedah pengecaman menggunakan imbasan cap jari, retina mata dan tapak tangan memerlukan peranti masing-masing, antaranya ialah:
- Pengimbas Retina Mata
Alat pengimbas mata akan mengambil foto mata yang beresolusi tinggi dan merekodkan data tersebut. Data ini seterusnya akan ditukarkan kepada algoritma dan dibandingkan dengan karakter dan bentuk anak mata yang telah direkodkan. Kaedah ini sesuai digunakan untuk akses lokasi-lokasi yang bertahap keselamatan yang tinggi, contohnya memasuki bilik kebal yang mengandungi bahan-bahan rahsia. - Pengimbas Cap Jari
Imbasan cap jari individu akan dibandingkan dengan templat cap jari yang disimpan di dalam sistem. Kaedah biometrik ini mempunyai tahap ketepatan yang tinggi di mana telah terbukti tidak terdapat lebih dari satu individu yang mempunyai cap jari yang serupa. - Pengimbas Telapak Tangan
Pengenalpastian individu menggunakan kaedah imbasan tapak tangan adalah mudah dan ringkas. Kaedah ini menumpukan kepada 3 dimensi bentuk tapak tangan iaitu merangkumi imej tapak tangan yang terdiri daripada panjang, tebal, struktur tulan, lengkungan dan jarak antara sendi tangan Sistem/alat imbasan tangan akan membuat pemadanan antara imej yang dibaca dengan imej yang telah didaftarkan.
b) PENGESAHAN - Pengimbas Retina Mata
- Pengguna yang sah boleh disahkan dengan menggunakan beberapa kaedah pengesahan dalam meningkatkan langkah-langkah keselamatan.
- Antara kaedah yang sering kali digunakan ialah pengecaman pengguna dan objek dimiliki.
- Pengenalan Pengguna
Pada kebiasaannya ia menggunakan kombinasi sebarang huruf, nombor atau simbol yang dihafal oleh pengguna dan diingati selalu untuk pengecaman sebarang pengguna di tempat-tempat tertentu. - Objek Dimiliki
Ia merujuk kepada sesuatu objek yang dimiliki oleh seseorang dalam proses membuat pengesahan. Objek ini digunakan untuk memasuki sesuatu sistem atau memasuki suatu tempat yang dikawal oleh sitem komputer.
- Pengenalan Pengguna
DAFTAR AKAUN DI EDMODO
Pelajar-pelajar dikehendaki mendaftar akaun di www.edmodo.com sebagai pelajar. Group code bagi subjek TMK 4C ialah lkgkbp. Selamat mendaftar!! jumpa anda di sana.
Subscribe to:
Comments (Atom)