- Mendefinisikan sistem komputer
- Menyatakan maksud input, proses, output dan storan.
- Menerangkan Kitaran Pemprosesan Maklumat termasuk input, proses, output dan storan.
- Menyatakan hubungan tentang perwakilan data(bit, bait dan aksara)
- Menjelaskan fungsi Kod ASCII
- Menyatakan unit bagi ukuran data
- Menyatakan uni bagi ukuran kelajuan jam
2.1 DEFINISI SISTEM KOMPUTER
- Sebuah mesin yang dapat menyimpan dan memproses data menjadi maklumat pada kadar yang pantas dan tepat berdasarkan kepada siri arahan tertentu yang dipanggil aturcara.
- Sistemnya terdiri daripada perkakasan, perisian dan pengguna untuk berfungsi dengan sepenuhnya.
- Perkakasan merujuk kepada empat perkakasan utama iaitu peranti input, peranti output, pemprosesan dan peranti storan. Komponen-komponen ini digunakan untuk menerima data, memproses data, mengeluarkan maklumat dan menyimpan fail.
- Perisian pula merujuk kepada set-set arahan yang mengarahkan perkakasan-perkakasan melakukan tugas tertentu. Perisian juga melakukan fungsi-fungsi lain seperti pengiraan, komunikasi dengan perisian lain dan berinteraksi dengan manusia.
- Pengguna pula merujuk kepada seseorang yang menggunakan komputer untuk sebaran tujuan seperti pengurusan, perniagaan ataupun hiburan.
- Secara amnya komputer boleh melakukan kerja-kerja untuk membantu manusia menyelesaikan masalah-masalah dalam memproses data.
INPUT, PROSES, OUTPUT DAN STORAN
- Input
- Input adalah apa jua data atau bahan yang ditaip dan dimasukkan ke dalam komputer menerusi peranti tertentu.
- Peranti input merujuk kepada perkakasan yang digunakan oleh pengguna untuk memeberi arahan dan memasukkan program dan data komputer.
- Peranti-peranti input akan mengkod data ke dalam bentuk yang boleh diproses oleh sistem komputer. Berikut adalah jenis-jenis peranti input komputer
- Papan kekunci
- Tetikus
- Mikrofon
- Pengimbas
- Kamera Digital
- Kayu Ria
- Pengimbas kod bar
- Pembaca kad pintar
2. Proses
- Proses adalah aktiviti yang dilakukan oleh pemproses iaitu dengan menerima data dari peranti input kemudian diproses mengikut arahan dan dihanta hasilnya kepaa peranti output atau peranti storan.
- Aktiviti proses adalah melibatkan operasi campur, tolak, darab dan bahagi. Ia juga membuat perbandingan ke atas data dengan kadar yang amat pantas iaitu dalam unit juta/ribu juta saat.
- Peranti pemproses ini dikenali dangan nama Unit Pemprosesan Pusat atau CPU (Central Processing Unit) Ia berperanan untuk memproses arahan, melaksanakan pengiraan dan menguruskan maklumat menerusi sistem komputer. Unit atau peranti pemprosesan juga akan berkomunikasi dengan peranti input, output dan storan bagi melaksanakan arahan-arahan berkaitan yang diperlukan.
No comments:
Post a Comment